Kedah Darul Aman FC
Kedah Darul Aman FC

Kedah Darul Aman FC

Kelab Bola Sepak Kedah (Inggeris: Kedah Darul Aman FA)(KFA) merupakan wakil negeri Kedah dalam pertandingan bola sepak di Malaysia. Stadium pasukan ini ialah Stadium Darul Aman di Alor Setar. Kedah adalah sebuah pasukan elit dan antara yang paling berjaya di dalam bola sepak Malaysia. Kedah juga merupakan antara pasukan yang paling banyak mengecapi pelbagai kejuaraan. Antara pencapaian pasukan Kedah FA adalah dengan rekod 5 gelaran Piala Malaysia, 3 gelaran Divisyen 1/Perdana 1/Liga Super, 4 gelaran Divisyen 2/Perdana 2/Liga Perdana, 5 gelaran Piala FA dan 3 gelaran Piala Sumbangsih. Tahun 2006 dan 2007 merupakan tahun gemilang bagi pasukan Kedah FC. Kerana buat kali pertama dalam sejarah penubuhan Kedah FA, mereka berjaya merangkul gelaran treble kejuaraan utama bola sepak Malaysia. Dengan memenangi Liga Super (liga Utama), Piala FA dan Piala Malaysia di bawah bimbingan jurulatih Azrai Khor Abdullah. Paling diingati dan bersejarah adalah Pencapaian Kedah yang juga telah menjadi juara tiga piala bagi dua musim berturut-turut menjadikan Kedah selaku pasukan pertama Malaysia yang berjaya berbuat demikian.Pencapaian dalam Piala FA tahun 2019 menjadikan Kedah sebagai kelab paling banyak memenangi kejohanan ini sebanyak 10 kali.